Sunday 17 April 2011

Manfaat pergerakan dalam solat..

assalamualaikum : )

tahukah anda bahawa pergerakan dalam solat sebenarnya banyak manfaat yang kite x tahu.. aku sendiri pun xtahu tentang ni muahahaha.. aku tahu tentang ini pasal takdi aku baca SURAT KHABAR METRO. jadi aku sebagai orang islam nak kasi tahu korang semua pasal ini.. so korang ambil masa sedikit baca =>




1) Posisi pertama - berdiri lurus dan kedua-dua tangan di angkat ke atas..
FEADAH : 
badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bongkok serta fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangaan mata ke tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian belakang berasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.  

                                                                    
2) Posisi kedua - berdiri betul serta membaca al-Fatihah dan surah. 
FEADAH : 
Menimbulakan konsentrasi minda serta merehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakan semua getaran daripada 99 nama Allah keadaan terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang A,I,U merangsang hati, kelenjar tiroid, kalenjar pineal, kalenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan serta mempertingkatkan perjalanan semua anggota badan berkenaan.


3) Posisi ketiga - rukuk
FEADAH :
Merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan menghormonikan batin.


4) Posisi keempat - iktidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk
FEADAH :
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuku kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan yang berguna iaitu sisa tubuh. Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan ketegangan.

5) Posisi kelima - sujud
FEADAH : 
Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelak perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) serta patu-paru. 'Mental toxin' minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan tinggi, menambah keanjalan sendi dan menghapuskan keangkuhan, meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan, malah kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat. 


6) Posisi keenam - duduk di antara dua sujud
FEADAH : 
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua-dua kaki meraka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekam kandungan perut ke bawah.


7) Posisi ketujuh - sujud kedua
FEADAH : 
Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem saraf, meringankan badan, kebahagiaan emosi dan sistem urat saraf jadi lebih seimbang.


Posisi kelapan - bangun semula daripada sujud
FEADAH : 
Peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh malah posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh memberikan rehat yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekam kandungan dalam perut ke bawah.



alolololo tomey tomey
thanzz Mr Google
korang dah solat belum????

No comments:

Post a Comment